Yandere Simulator

Yandere Simulator ialah permainan video aksi hendap yang dalam perkembangan dan diterbitkan oleh YandereDev (nama pemaju). Peringkat perkembangan awal permainan ini dibina boleh didapati menerusi laman sesawang rasmi.[1][2] Teras permainan ini bertumpukan seorang murid yang mabuk kepayang (cinta), iaitu Ayano Aishi yang digelar Yandere-chan (daripada istilah Bahasa Jepun, "yandere"). Ayano akan menghapuskan sesiapa sahaja yang dipercayai memonopoli perhatian lelaki yang disukainya.[3]